~BfF fOrEvEr~

~BfF fOrEvEr~

Friday, May 28, 2010


Hello there~..It's me Deathberry...here,i want to share some stories/article or whatever..the title is...Taju'l Muluk....i think this is the best(for me...or the other(I think...:-p)...)thing that i've ever read...ENJOY~


..............................................................................................................................................................................

TAJU'L MULUK


Tersebutlah kisah sebuah negeri bernama Syarqastan.Raja di negeri itu mempunyai lima orang putera.Kelima-lima putera itu dipelihara dengan baik sehinggalah dewasa.Maka pada suatu hari,baginda raja telah buta matanya setelah tersedar daripada tidurnya.Menurut ramalan nujum,hanya satu ubat sahaja yang boleh menyembuhkannya,iaitu daripada bunga bakawali.

Keempat-empat putera itu pun pergilah mencari bunga bakawali melainkan Taju'l Muluk.Setelah agak lama pergi,mereka tidak juga kembali.Oleh itu Taju'l Muluk pun pergi mencari bunga bakawali itu.

Manakala itu,keempat-empat abangnya itu telah terkena perangkap Puteri Jenuh Hati yang amat pandai bermain catur.Sesiapa yang kalah bermain catur,maka orang itu akan menjadi hamba abdinya.

Setelah beberapa bulan lamanya Taju'l Muluk berkhidmat kepada seorang amir,maka simpanan duitnya pun bertambah sedikit.Kemudian pergilah dia meminta hukum kepada amir itu sambil berkata,"Ya tuanku,seorang sahabat hamba bekerja di negeri ini.Kalau dapat kiranya hamba pinta hendak pergi selama sejam dua pada setiap hari''."Baiklah,anakku.Ayahanda tidak akan menghalang anakanda,"beritahu amir itu.

Bermulalah dari hari itu tiadalah pekerjaan lain Taju'l Muluk melainkan pada setiap hari pergi bermain catur ke merata tempat .Ramai orang yang pandai di dalam negeri itu dikalahkannya.

Apabila dilihatnya tiada dapat orang melawannya bermain catur,maka berfikirlah dia,"Inilah masanya yang baik untuk aku mengadu akan nasib malangku ini.Sekiranya ada tuahnya,maka aku akan menang bermain dengan tuan puteri itu.Dan saudara-saudaraku pun dapat kulepaskan daripadanya.Ubat mata ayahku itu dapatlah kelak kucari nanti."

Setelah berfikir,pada suatu hari pergilah dia berjalan di hadapan mahligai Puteri Jenuh Hati itu.Apabila sampai di mahligai itu terpandanglah dia seorang perempuan tua keluar dari mahligai itu.Agak-agaknya siapakah perempuan itu?Apakah yang perempuan tua itu mahukan?Ikutilah kisah ini pada sedutan nanti...


NOTE:

I sengaja nak buat Endingnyer camni...malas nak tulis banyak2..k?..Jangan marah..(hehehehehehehehehehehe.....:-p)




No comments:

Post a Comment